Aku Bukan Malaikat!!!
Apa sebenarnya isu yang ingin ditimbulkan?
Memangla kau bukan malaikat. kau kan manusia. cubala bersyukur sikit.
apa masalah kau bila dengar,
'wei kau tau tak si polan suka si polan'
selepas itu, heboh satu dunia bahawa si dia suka kepada dia.
kita ada fitrah, kita ada perasaan. hendak atau tidak, kita pasti akan tertarik terhadap jantina yang berlainan jenis. Tapi yang paling penting bagaimana cara untuk kita menjaga hati kita.
Ataupun ada yang suka sesama jenis(astaghfirullah, ini sudah menjadi orang orang yang melampaui batas).
Percaya atau tidak, ini berdasarkan pengalaman hiduplah, nak jaga hati cukup susah. lagi-lagi bila asyik teringat si dia. perghhh panjang bai angan-angan.
Abg fadli pernah beritahu bahawa bila kite hendak tinggikan syiar Islam pasti sungguh perit.
Syiar Islam mungkin tinggi sangat. penulis ambil misal cukup simple. andaikata kita sedang berjalan dengan seorang member kita yang agak kurang imannya, tiba-tiba muncullah seorang wanita yang amat cantik. member kita mula berbicara "perghh, cun gilerrr".Bila kita melihat wanita itu, pasti ia suatu kenikmatan. tetapi bagaimana pula kalau cuba tundukkan pandangan,pasti suatu keperitan. dan semua pembaca seharusnya mengakuinya.
kita mampu melihat bagaimana remaja masa kini. pernah dengar remaja dengan da'wah, remaja dengan kerjaya, atau lain-lain lagi. Pasti amat jarang sekali. yang kita biasa dengar remaja dengan cinta, remaja dengan rempit, yang buruk2 semua diletakkan atas dasar nama remaja.
sebenarnya remaja kini hanya tertarik. bukannya bercinta.....
No comments:
Post a Comment