Thursday, February 25, 2010

aku malaikat???

Bismillah...


Aku Bukan Malaikat!!!

Apa sebenarnya isu yang ingin ditimbulkan?

Memangla kau bukan malaikat. kau kan manusia. cubala bersyukur sikit.

apa masalah kau bila dengar,
'wei kau tau tak si polan suka si polan'

selepas itu, heboh satu dunia bahawa si dia suka kepada dia.

kita ada fitrah, kita ada perasaan. hendak atau tidak, kita pasti akan tertarik terhadap jantina yang berlainan jenis. Tapi yang paling penting bagaimana cara untuk kita menjaga hati kita.
Ataupun ada yang suka sesama jenis(astaghfirullah, ini sudah menjadi orang orang yang melampaui batas).

Percaya atau tidak, ini berdasarkan pengalaman hiduplah, nak jaga hati cukup susah. lagi-lagi bila asyik teringat si dia. perghhh panjang bai angan-angan.
Abg fadli pernah beritahu bahawa bila kite hendak tinggikan syiar Islam pasti sungguh perit.
Syiar Islam mungkin tinggi sangat. penulis ambil misal cukup simple. andaikata kita sedang berjalan dengan seorang member kita yang agak kurang imannya, tiba-tiba muncullah seorang wanita yang amat cantik. member kita mula berbicara "perghh, cun gilerrr".Bila kita melihat wanita itu, pasti ia suatu kenikmatan. tetapi bagaimana pula kalau cuba tundukkan pandangan,pasti suatu keperitan. dan semua pembaca seharusnya mengakuinya.

kita mampu melihat bagaimana remaja masa kini. pernah dengar remaja dengan da'wah, remaja dengan kerjaya, atau lain-lain lagi. Pasti amat jarang sekali. yang kita biasa dengar remaja dengan cinta, remaja dengan rempit, yang buruk2 semua diletakkan atas dasar nama remaja.

sebenarnya remaja kini hanya tertarik. bukannya bercinta.....

Thursday, February 18, 2010

REm4j4!!!

Remaja. suatu usia yang cukup menarik. usia ini hanya dialami oleh semua remaja sekali dalam hidup.

Bila sebut mengenai remaja pada zaman kini, pastinya remaja dengan masalah. Pada kebiasaannya, kita selalu mendengar bahawa remaja buang anak sana sini. macam sudah perkara lain yang perlu ditimbulkan walaupun banyak lagi masalah lain yang boleh sahaja dikaitkan. Di sini penulis ingin berkisar tentang remaja.

Kita selalu digegarkan dengan masalah remaja zaman sekarang dengan cinta tetapi amat jarang sekali kita mendengar remaja dengan da'wah, keusahawanan,perjuangan ataupun perkara-perkara yang gah.

Di manakah nilai sebenarnya remaja-remaja zaman kini. cuba kita mengimbas kembali sebentar. bagaimana kehidupan remaja yang ber'titel' islam pada zaman dahulu. bagaimana peribadi ali b abi talib, usamah b. zaid yang menjadi panglima perang dalam usia 17 tahun tidak silap penulis. umur yang cukup muda. andai kata ingin bandingkan oh... pasti jauh sekali, apatah lagi digandingkan bersama, pasti remaja zaman kini sudah jauh ketinggalan.

"Apa yang ketinggalan, jika nak diikutkan teknologi kita lebih canggih berbanding mereka"

Sememangnya jika kita bandingkan teknologi kita sudah maju. tetapi bagaimana pembinaan iman dalam jiwa remaja. remaja kini bertindak mengikut nafsu dan kepala otak yang sudah berkarat. jika mahu menimbang keimanan sudah pasti purata graf pasti akan merudum.

"aku dah baligh.." dah baligh..remaja sekarang tidak memahami erti baligh. akil baligh maksudnya sampai umur. ini bermaksud bahawa bila sudah sampai umur sudah pasti sudah pandai buat keputusan, matang dan lebih tenang. Remaja sekarang ini sudah ramai yang bailigh tetapi masih belum matang. Apabila sebut mengenai matang, pastinya seseorang itu mampu berfikir dengan baik dan sudah tentunya dia akan memikirkan akibat daripada perbuatannya itu.
tetapi kalau ingin melihat remaja yang matang zaman kini sudah pastinya kita akan tercari seperti mencari semut hitam di batu hitam pada malam gelap gelita. perghh... Kalau seperti ini bagaimana ingin menjadi suami atau isteri. beranganlah sehingga hari tua. harapan hanya tinggal angan-angan.

aktual, bila sampai umur baligh remaja kena sedar bahawa setiap perbuatan pati akan dihitung oleh Allah. Oleh itu remaja seharusnya berwaspada. hendak berwaspada pula perlu ada iman yang menjadi benteng pertahanan yang kukuh sebenarnya.

Ramai juga yang mati masa remaja. penulis berharap pembaca mampu sebarkan . semakin hari semakin sedikit umur kita. jadi di sini ana ingin mengucapkan :

SELAMAT PENDEK UMUR!!!